Ekspedisi Amphibious Craft Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

THE LONGEST DISTANCE COVERED BY A CONVOY OF AMPHIBIOUS CRAFT

https://www.youtube.com/watch?v=FdhHosxLfF4

https://www.youtube.com/watch?v=hNvo_Rdett8


25 Mac 2019- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah berjaya mencipta rekod Malaysia untuk "THE LONGEST DISTANCE COVERED BY A CONVOY OF AMPHIBIOUS CRAFT" dengan jumlah jarak perjalanan 718.57 km iaitu bermula dari Klebang,Melaka ke Langkawi,Kedah  semalam.

Satu kejayaan yang amat membanggakan buat seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sekali lagi TAHNIAH kepada pasukan yang terlibat dalam mengharumkan nama APM dan negara Malaysia.

#APMsanasini   
#TheMalaysiaBookOfRecords   
#SEAlegs   
#SediaPantasBerintegriti
 # APMKEDAH
#APMKOTASETAR
#APM@RESCUE999


Baca juga artikel berikut:

1- Lazada   - Shopping & Deals MALAYSIA
2- Lazada   - Shopping & Deals SINGAPORE
3- EQurban  - Sertai Ibadah Qurban dan Aqiqah bersama eQurban
4- Exabyte  - From Domains to Hosting, Servers and Online Marketing in malaysia
5- OnPay    - Pening Uruskan Bisnes Online Anda? daftar disini-percuma!
6- Zigzagpress -Cari pelbagai fleksibel, fungsi Premium WordPress Tema dibina di sini
7- FxCitizen -Daftar di sini secara percuma!!
 8- APM       - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
9- KEDAH FA- SKUAD HIJAU KUNING


Perasmian Kompleks APM

Perasmian Kompleks Angkatan Pertahanan Awam Malaysia daerah Langkawi



 Langkawi 24 Februari 2019 -Majlis Perasmian Kompleks Angkatan Pertahanan Awam Daerah Langkawi , Kedah Oleh YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia.

Beliau berkata sehubungan itu anak muda digalakkan menyertai APM kerana semangat kesukarelaan mampu membentuk sikap yang baik di kalangan mereka.

"Antara lain sikap bertanggungjawab, tidak mementingkan diri, berani, berdisiplin, setiakawan dan berdikari dapat dipupuk.

"Ini akan membentuk anak-anak muda yang mempunyai kesedaran dan jati diri dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir buruk, sebaliknya boleh mempengaruhi teman-teman mereka dengan sifat-sifat mulia yang saya nyatakan tadi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Kompleks Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi di sini hari ini.

Kompleks APM Daerah Langkawi bernilai RM25.5 juta itu menyediakan pelbagai kemudahan termasuk asrama dan menara latihan setinggi enam tingkat dibangunkan di atas tanah seluas 1.16 hektar siap sepenuhnya pada 13 Jan lalu, kira-kira tiga tahun selepas pembinaan bermula pada 18 Jan 2016.

Dalam ucapan itu, Dr Mahathir yang juga Anggota Parlimen Langkawi turut berkongsi pengalaman beliau semasa remaja menyertai Civil Defence Corps yang berfungsi sekitar awal tahun 1950an.


"Tujuan saya berkongsi pengalaman saya yang sedikit di dalam perkhidmatan yang seperti APM ialah saya sedar akan bahaya yang dihadapi oleh anggota APM apabila menjalankan tugasan mereka. Mungkin bahaya itu tidak dihadapi setiap masa tetapi adakalanya ia akan begitu mencabar," katanya.

Dr Mahathir turut menyatakan komitmen kerajaan untuk terus memberi sokongan dan bantuan samada dalam bentuk kewangan dan dana serta juga peralatan kepada APM.

"Kita mahu APM mempunyai kelengkapan yang setimpal dengan usaha dan tugasan yang mereka lakukan. Selain itu, APM telah membuktikan bahawa ia salah satu badan yang berjaya menarik keanggotaan pelbagai kaum dan menjadikan ia satu model kerjasama baik di antara kaum di dalam negara.

"Ini amat penting kerana apabila menghadapi kesukaran, kecemasan dan bencana, kerjasama semua kaum amat penting terutamanya di dalam membina kembali tempat yang telah dilanda bencana," katanya.

Pada majlis yang sama, Dr Mahathir turut melancarkan manual Prosedur Tetap Operasi (PTO) Penyelamat Pantai APM.