Majlis Pengoperasian Bot Penyelamat APM



16 Mac 2018 -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima 14 bot penyelamat baharu bagi mempertingkatkan tahap siap siaga angkatan itu dalam menghadapi sebarang bencana terutamanya di kawasan pantai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata kebelakangan ini, banyak kes lemas berlaku di pantai dan dengan penambahan aset itu, ia dapat meningkatkan tahap operasi menyelamat oleh anggota APM demi kesejahteraan awam.

"Sebagai agensi yang terlibat secara langsung dengan aspek pengurusan bencana, APM perlu sentiasa mempertingkatkan kelengkapan aset operasinya bagi memastikan APM dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

"Dengan adanya aset lebih baik seperti bot penyelamat yang besar ini (saiz 32 kaki), APM boleh pergi lebih jauh bagi operasi menyelamat di laut," katanya kepada pemberita pada majlis Pengoperasian Bot Penyelamat APM, di Pusat Latihan Komuniti APM di sini, hari ini.

Katanya, bot berkenaan juga dapat membantu anggotanya melakukan tugas dengan lebih efisien kerana ia mampu menampung jumlah mangsa serta membawa bantuan bekalan lebih banyak pada satu masa..
BERNAMA.

Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diperkukuhkan lagi dengan penerimaan bot penyelamat 32 kaki bagi memudahkan pemindahan mangsa ketika berlaku bencana.
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, perolehan bot ini adalah sejajar dengan pertambahan tugas dan peranan APM pada masa ini selain memudahkan pengurusan bencana demi kesejahteraan rakyat.
“Sebagai agensi yang terlibat secara langsung dengan aspek pengurusan bencana dan keselamatan orang awam, APM perlu sentiasa mempertingkatkan kelengkapan aset operasinya bagi memastikan APM berupaya memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Melalui perolehan ini, APM kini lebih efisian dalam melaksanakan tugas-tugas pemindahan dan pengurusan bencana dimana bot ini boleh menampung jumlah mangsa dan membawa bantuan bekalan lebih banyak pada satu-satu masa.”
Beliau ditemui ketika merasmikan Majlis Pengoperasian Bot Penyelamat 32 Kaki APM di Pusat Latihan Komuniti APM Kurong Tengar, dekat ini dimana empat (4) buah bot 32 kaki diserahkan setiap sebuah kepada APM Perlis, APM Perak, APM Kedah dan APM Pulau Pinang.
“Jumlah keseluruhan perolehan bot ini adalah 14 buah yang akan diedarkan kepada APM seluruh negara dan pada hari ini, sejumlah empat buah bot 32 kaki diserahkan kepada empat buah negeri utara iaitu Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Terdahulu, agihan 3 buah telah diterima oleh APM Pahang, Terengganu dan Kelantan pada Disember tahun lalu dan baki selebihnya akan diselesaikan dalam tahun ini.”
Tambah beliau lagi, perkembangan dan perluasan fungsi APM pada masa ini terus terus mendapat perhatian kerajaan dengan milikan aset serta peralatan operasi. Pada tahun 2017, APM telah menerima beberapa aset seperti Lori 5tan, Bot 32 Kaki dan kenderaan Amphibious, selain pengumuman Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri mengenai kenaikan elauan dan beberapa insetif lain kepada anggota APM baru-baru ini.

# APMKEDAH
#APMKOTASETAR
#APM@RESCUE999


Baca juga artikel berikut:

1- Lazada   - Shopping & Deals MALAYSIA
2- Lazada   - Shopping & Deals SINGAPORE
3- EQurban  - Sertai Ibadah Qurban dan Aqiqah bersama eQurban
4- Exabyte  - From Domains to Hosting, Servers and Online Marketing in malaysia
5- OnPay    - Pening Uruskan Bisnes Online Anda? daftar disini-percuma!
6- Zigzagpress -Cari pelbagai fleksibel, fungsi Premium WordPress Tema dibina di sini
7- FxCitizen -Daftar di sini secara percuma!!
 8- APM       - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
9- KEDAH FA- SKUAD HIJAU KUNING